Gambar 1Date : 17.02.2008
Location : Kota Kinabalu
Tukang cat (painter) maut setelah terjatuh dari ketinggi 13.6om (8 lift) semasa sedang mencuci bahagian luar bangunan sebelum kerja mengecat dilakukan. Mangsa berumur 32 tahun dan meninggalkan seorang balu. Magsa telah bekerja sebagaitukang cat lebih 10 tahun dari maklumat yang didapati daripada saksi tempat kejadian.
Kejadian berlaku sekitar jam 1100 pagi dimana mangsa sedang mencuci bangunan dan dibantu oleh datuk mentuanya yang bekerja dibahagian bawah. Kemalangan berlaku apabila mangsa berpindah tempat, secara tidak sengaja atau disedari mangsa telah terpijak kayu yang lembut, menyebabkan mangsa jatuh secara tiba-tiba dan didahului dengan bahagian kepala. Ini kerana terdapat kesan calar dan luka di bahagian bawah ketiak terus kesiku mangsa, berkemungkinan mangsa cuba berpaut tetapi tidak berjaya lalu jatuh ke atas lantai paver. Mangsa disahkan meninggal dunia apabila sampai dihospital.
Gambar 1 menunjukkan kayu yang digunakan oleh mangsa untuk memijak sebelum jatuh. Ukuran kayu tersebut adalah3165mm x 95mm x 47mm (p x l x t) dan berat keseluruhan menggunakan timbang kail adalah 3.76kg sahaja. Gambar 1, telah dibesarkan mengunakan super macro camera digital power shot A460 untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas. Kayu tersebut adalah kayu jenis lembut (softwood) dimana ruas kayu yang bersegi-segi kecil dan terdapat lubang-lubang udara yang banyak. Terdapat juga 2 parit paku selari diantara satu sama lain, semasa kayu tersebut digambarkan.
Gambar 2 menunjukan laluan atau pelantar kerja dimana mangsa berdiri dan melakukan kerjanya. Dimana setiap bay disusun sebanyak 1 atau 2 batang kayu sahaja. Kayu yang disediakan tidak rata dan kayu yang digunakan tidak mencukupi serta tidak mengikuti spesifikasi (Bowec-Part X, 72 (3)).
**(Tujuan case study ini bukan untuk meyalahkan sesiapa, baik yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Tetapi sebagai satu penyelidikan dan kajian, supaya perkara seperti ini tidak akan berulang dan dapat dielakkan.)




